Ular Kepala Manusia

KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN

19.37 Edit This 0 Comments »
Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, yaitu:

• Ia akan mati & hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pd
tempatnya.
• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan
pula.
• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan
yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :

• Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
• Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
• Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
• Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Mutiara muhasabah
 Cinta ALLAH cinta yang tidak luntur dan abadi, Cinta selainnya cinta yang luntur dan berakhir.
 Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah lembut dalam semua urusan.
 Banyak orang kenal diri orang tapi tidak kenal diri sendiri, sebab itu orang sibuk memikirkan kecacatan orang lain daripada kecacatan diri sendiri.
 Sebaik-baik perkataan ialah apa yang sedikit tetapi berisi.
 Adil sesaat itu adalah lebih baik daripada beribadat 60 tahun lamanya yang malamnya berisi dengan solat malam dan siangnya dengan ibadat puasa.
 Bunga yang kembang dan cantik itu jarang wangi.
 Sopan santun seseorang itu lebih beharga dari perhiasan emasnya.
 Nyatakan yang benar sekalipun pahit.
 Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan, masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
 Pandangan mata selalu menimpa, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hatilah yang hakiki kalau hati itu bersih.

untuk direnungi....
• Pengalaman satu nostalgia. Nostalgia jadi memory. Memory hanya kenangan. Kenangan tetap diingatan.
• Pengalaman masa lalu adalah pengajaran hari esoknya.
• Semalam telah berlalu hari ini kita tempuhi. Namun esok masih belum pasti. Bersedialah untuk esok!
• Jangan banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.
• Sepi itu indah, Rindu itu parah oleh itu hidup mesti tabah.
• Dalam kehidupan sehari-hari kita kadang-kadang tertipu dengan sikap dan nilai (lakonan) seseorang. Awasilah fenomena ini!
• Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, tetapi agama mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
• Relakan perpisahan dan pertemuan karena ia mengiringi setiap detik kehidupan.


Ucapan Ucapan Imam Al Syafie
1. Barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.
2. Perhiasan ulama' itu adalah taqwa; dan kecantikkannya adalah murah hati.
3. Tidaklah berjaya dalam menuntut ilmu, melainkan orang yang menuntutnya dalam kekurangan.
4. Tidak ada aib yang lebih buruk bagi ulama' selain dari kesukaan mereka terhadap apa-apa yang tidak dusukai Allah buat mereka, dan ketidak sukaan mereka terhadap apa- apa yang disukai Allah buat mereka.
5. Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.
7. Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan Allah kepada ahli tauhid.
8. Barang siapa merasa dirinya lemah , maka ia akan memperoleh istiqamah.
9. Barang siapa yang ingin hatinya diterangkan oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwat(menyendiri), mengurangi makan, dan tidak bergaul dengan orang- orang bodoh yang buruk budi pekertinya, serta tidak berkumpul dengan orang- orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak mempunyai adab.
10. Aku tidak pernah kekenyangan selama enam belas tahun kecuali hanya satu kali , lalu aku muntahkan ketika itu jua.
11. Tidak mengetahui riya' kecuali orang- orang yang ikhlas.
12. Kalau aku tahu bahawa meminum air itu menghilangkan keperwiraanku, tentu aku tidak akan meminumnya.
14. Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."
15. Janganlah anda berbicara kecuali yang perlu saja, sebab kalau anda mengucapkan satu kalimat beerti ia telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.
16. Orang yang berakal itu ialah orang yang diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela.
17. Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman pula terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuhnya.
18. Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.
19. Janganlah kau meragui hak saudara mu kerana percaya akan kebaikkan hatinya.
20. Barangsiapa menasihati saudaranya secara diam- diam, bererti ia telah menasihati dan mengingati kebaikannya; dan barang siapa menasihatiinya ditempat ramai, maka ia telah membuka rahsianya dan memburukkan namanya.
21. Persahabatan dengan orang yang tidak takut celaan itu adalah tercela.
22. Tidakkah engkau menghormati seseorang melebihi harga dirinya, melainkan harga diriku jatuh setimbang dengan penghormataan ku yang lebih tadi.
23. Allah telah menciptakan anda sebagai orang merdeka, maka jadilah seperti apa yang telah Allah ciptakan itu .
24. Barangsiapa bersahabat dengan orang dermawan, ia akan menjadi orang dermawan. Dan barangsiapa bersahabat dengan orang jahat maka iapun akan dituduh orang jahat.


26 . Tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang , melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat lain: tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang, melainkan aku suka kalau Allah menampakkan kebenaran ditangan orang itu.
27. Barangsiapa yang telah berbuat baik kepadaku maka ia telah mengikatmu . Dan barang siapa yang kasar terhadapmu maka ia telah membebaskan mu.
28. Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat , tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu.



Kata hukama
Renungkan kata kata ini:

1. Jangan merasa puas hati bila mendengar pujian orang dihadapan mu, atau pun merasa senang bila ditunjukkan rasa kemesraan dan muka manis terhadapmu, sebab yang demikian itu belum tentu timbul dari hakikat batinnya.
2. Jangan sekali-kali mengadukan segala hal ehwalmu yang berupa kesusahan dan sebagainya kepada orang lain, sebab dikhuatiri bahawa Allah s.w.t akan murka lalu diserahkan semua urusan itu kepada orang itu.
3. Jangan harapkan orang lain akan bersikap sama terhadapmu bila berada di belakangmu sebagaimana yang anda kenal kepada nya dimasa berdepan denganmu.Harapan semacam itu adalah sia sia belaka dan tidak betul.
4. Jangan menentang orang lain sehingga terjadi permusuhan di antara kamu bersama, melainkan jika anda melihat sesuatu kemungkaran dalam agama yang dilakukan oleh orang itu, maka ketika itulah boleh anda menentang usaha-usaha kemungkaran yang dilakukannya.
5. Jangan menilai seseorang menurut keadaan dunianya lalu anda memuliakannya, sebab dunia itu kecil sekali disisi Allah s.w.t Jangan sampai anda menjual agama mu untuk mendapatkan benda benda keduniaan sehingga anda dipandang kecil dimata orang yang memberinya.Mungkin suatu masa kelak anda tidak akan diberi lagi, maka ketika itu anda akan kehilangan harga diri dimatanya.
6. Jika anda mendengar bahawa orang itu pernah mencelamu atau membuat sesuatu keburukan terhadap dirimu, maka sebaik-baik anda serahkan perkara itu kepada Allah s.w.t serta anda ber lindung dengan Allah s.w.t daripada bahaya-bahayanya. Ingat lah, jangan cuba memikirkan sesuatu rancang balas terhadap perbuatannya itu, sebab yang demikian itu akan lebih membahayakan diri anda.
7. Jangan memandang kecil, rendah atau hina kepada sesiapapun samada yang masih hidup mahupun yang telah mati, kerana bersikap demikian akan membinasakan anda. Sebenarnya anda tiada mengetahui mungkin sekali orang itu lebih baik nasibnya dari anda dibelakang hari.Sekalipun orang itu pada lahirnya fasik dan jahat, tidak mustahil pula nasib yang semacam itu akan menimpa dirimu sendiri, sehingga anda mengakhiri hayatmu dalam keadaan fasik
dan jahat, sedangkan ia mengakhiri hayatnya dalam keadaan baik dan soleh.
Mutiara Kata
1. "Orang yang bertanya kerana tidak tahu adalah orang yang bodoh buat sementara waktu, tetapi orang yang enggan bertanya setelah ia sedar yang ia tidak tahu adalah orang yang bodoh buat selama-lamanya."
2. "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu, tapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak bagai sutera."
3. "Mahkota wanita terletak pada budi bahasa yang baik dan suci."
4 "Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga."
5. "Seandainya... hidup punca perpisahan, biarlah kematian menyambungnya semula, tetapi seandainya... kematian punca perpisahan, biarlah hidup memberi erti yang nyata."
6. "Penyesalan seseorang yang berdiam diri kerana tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun, mungkin tidak sehebat penyesalan seorang yang telah terlanjur perkataan."
7. "Kekayaan itu bukanlah suatu kebahagiaan yang mutlak. Kemiskinan pula bukanlah suatu penyeksaan untukmu. Sebaliknya kemewahan dan kemelaratan itu adalah suatu ujian dan cabaran dari Allah."
8. "Tuhan tidak akan mengambil kira berapa banyak harta yang dikumpulkan tetapi ia akan mengambil kira berapa banyak amalan yang dibuat semasa di dunia."
9. "Melihat seseorang perempuan, jangan dilihat pada kecantikannya sahaja, kerana kecantikannya belum tentu dapat menilai kebersihan di dalam rumah. Dengan itu kenalilah dulu kebersihan rumahtangganya, kemudian barulah dekatinya."
10. "Takut menghadapi kenyataan bererti menangguhkan kebenaran, berani menangguhkan kebenaran bererti mengundang kemusnahan sendiri."

0 komentar: