Ular Kepala Manusia

Koleksi mutiara kata

19.01 Edit This 0 Comments »
1. Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
2. Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
3. Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
4. Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
5. Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
6. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
7. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal krn kejayaan hanya boleh dicapai dgn satu
perkara iaitu USAHA.
8. Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yg mana satu lawan & yang mana satu
kawan.
9. Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan
sbg persediaan menjadi lelaki yg sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
10.Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
11.Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
12.Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
13.Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
14.Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak
pernah membuat kebaikan.
15.Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan
mereka.
16.Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
17.Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
18.Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri.
Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
19.Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
20.Imaginasi menguasai dunia.
21.Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi
pandai.
22.Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
23.Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca
terlebih dahulu.
24.Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
25.Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu
di dunia.
26.Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan
mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
27.Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
28.Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yg mencintainya daripd beliau
mencintai lelaki tsb
29.Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi
belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
30.Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
31.Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
32.Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
33.Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada
menuding kesalahan kepada pihak lain
34.Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda &
menguatkannya dari hari ke hari
35.Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.
36.Lelaki yang bijak dapat membaca buku & kehidupan sekaligus.
37.Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki
38.Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa
depan.
39.Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
40.Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen
yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina
sebuah kedai
41.Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak
dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
42.Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
43.Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
44.Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
45.Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.
46.Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap
orang lain.
47.Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak
melakukannya.
48.Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
49.Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar
impian-impian lain selepasnya.
50.Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
51.Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri
anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
52.Tdk penting sama ada berapa lama kt hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita
semasahidup.
53.Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
54.Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak
memusnahkannya.
55.Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa
untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
56.Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
57.Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
58.Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bhwa masa depan masih ada.
59.Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia
60.Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan
yang orang lain capai
61.Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus
gagal
62.Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya
sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
63.Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
64.Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.
65.Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
66.Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi
67.Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui
perlaksanaan.
68.Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan
lebih menghargai kesihatan.
69.Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.
70.Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
71.Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
72.Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
73.Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian
74.Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan
75.Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
76.Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau
kekurangan
77.Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya
sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
78.Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
79.Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita
terbakar
80.Manusia mesti menamatkan peperangan, jka tidak peperangan akan menamatkan manusia
81.Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya
82.Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
83.Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
84.Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha
memperbaiki kelemahan diri
85.Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima
juga setanding dengan apa yang kita usahakan
86.Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
87.Selagi kita mencoba & berusaha, selagi itulah kt akan beroleh apa yg kita hajati.
88.Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
89.Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan
membawa kepada impian.
90.Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah
91.Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan
sanggup melaksanakan sesuatu dgn tabah & tekun mengikut prinsip yang dipegangnya.
92.Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
93.Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau
kekurangan.

94.Tidak ada usaha yang gagal, kegagalan adalah usaha untuk mencapai kemenangan.
95.Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
96.Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan
kekesalan di dlm diri kelak.
97.Orang yang benar-benar ingin berjaya akan mula memotivasikan diri sendiri
terlebih dhulu,kerana hanya dia yang memiliki kunci penggerak dirinya.
98.Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang
baik dalam usahanya.
100.Perbedaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada
rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
101.Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak
disukai insan.tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan
buah-buahan yang subur



1. " Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. "
2. " Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi. "
3. " Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca
terlebih dahulu. "
4. " Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas. "
5. " Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar. "
6. " Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai
dengan satu perkara iaitu USAHA. "
7. " Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan
mereka. "
8. " Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. "
9. " Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama. "
10." Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan
yang orang lain capai. "
11." Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri
anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda. "
12." Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap. "
13." Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha
memperbaikikelemahan diri. "
14." Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan
mereka. "
15." Tidak semestinya orang yg berjaya terus berjaya & orang yang gagal terus
gagal. "


16." Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha
memperbaiki kelemahan diri. "
17." Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen
yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina
sebuah kedai. "
18." Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau
kekurangan. "
19." Kebaikan walaupun banyak ia dilakukan, mudah sekali dilupakan orang. Tetapi
kejahatan walaupun dilakukan hanya sekali, seumur hidup ia dikenangi."
20." Perjuangan tidak akan berakhir dengan terhentinya nafas..."



1.Janganlah kamu mengkagumi amal sesaorang, sehingga kamu dapat menyaksikan hasil
akhir kerjanya,
2.Orang tidak berilmu umpama sampan tanpa pendayung.
3.Membantu orang malas umpama memasang pelita waktu siang.
4.Hari yang mendatang tidak memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak
dijadikan teladan.
5.Apakah yang dapat kita jadikan harta dimasa hadapan jika makanan hari ini habis
semalam, dan makanan esok habis hari ini.
6.Bersyukurlah dengan apa yang ada, agar kita lebih menghargai kehidupan.
7.Tubuh kita adalah taman, dimana semangat kita adalah tukang kebunnya.
8.Manusia jarang mengenang jasa orang lain, sebaliknya sering mencari kesilapan
mereka.
9.Musuh menikam kita dari depan, tetapi kawan menikam kita dari belakang.
10.Jangan membiarkan api menyala didalam rumah kamu selama kamu tidur.
11.Berpuas hatilah dengan apa yang kita ada sekarang, kerana apa yang kita ada
sekarang, tidak semestinya kekal hingga keesokan harinya.
12.Jangan memandang mudah setiap kesalahan tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu
sakiti.
13.Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk yang keji dan yang
ucapannya kotor.
14.Dunia adalah bayangan kematian.
15.Sebodoh-bodoh monyet ia pasti akan ketawa apabila melihat manusia bertenggek
sepertinya.
16.Kesedaran tidak pernah datang selagi manusia belum terlanjur dan tersilap langkah.
17.Didalam berat timbangan undang-undang, tidak terdapat walaupun sedikitpun kasih
sayang.
18.Tiada lurus iman sesaorang hamba sehingga lurus hatinya dan tiada lurus hatinya
sehingga lurus lidahnya.
19.Perwatakan adalah hasil daripada dua perkara, iaitu pemikiran dan cara kita
menghabiskan masa.
20.Masa muda kepercayaan dan keyakinan, masa tua keraguan dan ketakutan.

0 komentar: